Sunday, 13 December 2015

ENTRI 3
KERJAYA PILIHAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Pekerjaan merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk memenuhi kepuasan mereka. Bagi sesetengah pihak berfikiran bahawa jenis kerjaya menunjukkan status bagi seseorang tersebut. Bagi pendapat saya kenyataan ini kurang benar kerana jenis kerjaya yang mereka pilih menunjukkan minat seseorang itu terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, sekiranya orang itu merupakan usahawan, jadi sudah tentulah mereka berminat dalam dunia peniagaan. Sama juga dengan pereka fesyen, mereka mempunyai minat, kreativiti dan bakat dalam menghasilkan sesuatu pakaian yang mengikut trend terkini.

Hampir setiap pelajar akan mencari pekerjaan selepas tamat dari pembelajaran. Pekerjaan yang diceburi akan berlandaskan dengan ilmu yang dipelajari serta minat yang mendalam sesuatu perkara. Pengetahuan yang cetek dalam dunia pekerjaan akan menyebabkan mereka berasa kurang gembira dengan pekerjaan yang mereka perolehi. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih  dan membuat keputusan dalam memilih kerjaya.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa personaliti seseorang memberi pengaruh terhadap hubungan dalam pemilihan kerjaya. Contohnya, pencapaian akademik. Pencapaian akademik merupakan faktor utama dalam pemilihan kerjaya sepertimana kriteria yang diperlukan oleh majikan. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1993).


No comments:

Post a Comment