Sunday, 13 December 2015

ENTRI 4
SUASANA KAMPUNG HALAMAN

Sejauh mana pun kita melangkah ,namun kampung halaman tetap menjadi tempat yang akan kita kembali. Kampung halaman merupakan tempat yang penuh dengan kehangatan dan kasih sayang malah, rumah merupakan langkah awal dalam perjalanan kita untuk mengenal dunia. Jadi tidak heranlah bagi mereka yang merantau mengelilingi dunia mahupun merantau untuk mencari pekerjaan dan sebgainya akan merindui dan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Suasana kampung sangat berbeza dengan suasana bandar. Udara kampung yang sangat segar dan sejuk jauh berbeza dengan udara kota yang tercemar dengan asap-asap kenderaan mahupun kilang-kilang yang beroperasi di bandar. Selain itu, kondisi alam yang penuh dengan kehijauan tanaman, selain struktur gunung-ganang dan bukit-bukau masih lagi utuh dan belum diteroka menyedapkan lagi mata memandang.

Walaupun suasana kampung yang agak ketinggalan dalam arus permodenan, namun suasana ini tetap menjadi tarikan para pelancong tidak kira pelancong dari luar mahupun dalam negara. Para pelancong sangat tertarik dengan adat yang diamalkan dikampung. Selain itu, sikap penduduk kampung yang baik dan peramah sangat berbeza dengan sikap penduduk di bandar yang sentiasa sibuk dengan hal masing-masing.


ENTRI 3
KERJAYA PILIHAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Pekerjaan merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk memenuhi kepuasan mereka. Bagi sesetengah pihak berfikiran bahawa jenis kerjaya menunjukkan status bagi seseorang tersebut. Bagi pendapat saya kenyataan ini kurang benar kerana jenis kerjaya yang mereka pilih menunjukkan minat seseorang itu terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, sekiranya orang itu merupakan usahawan, jadi sudah tentulah mereka berminat dalam dunia peniagaan. Sama juga dengan pereka fesyen, mereka mempunyai minat, kreativiti dan bakat dalam menghasilkan sesuatu pakaian yang mengikut trend terkini.

Hampir setiap pelajar akan mencari pekerjaan selepas tamat dari pembelajaran. Pekerjaan yang diceburi akan berlandaskan dengan ilmu yang dipelajari serta minat yang mendalam sesuatu perkara. Pengetahuan yang cetek dalam dunia pekerjaan akan menyebabkan mereka berasa kurang gembira dengan pekerjaan yang mereka perolehi. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih  dan membuat keputusan dalam memilih kerjaya.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa personaliti seseorang memberi pengaruh terhadap hubungan dalam pemilihan kerjaya. Contohnya, pencapaian akademik. Pencapaian akademik merupakan faktor utama dalam pemilihan kerjaya sepertimana kriteria yang diperlukan oleh majikan. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1993).


ENTRI 2
DILEMA WANITA DENGAN CABARAN KERJAYA

Dewasa ini, wanita boleh dikatakan setaraf dengan lelaki dari aspek kerjaya. Walaupun, wanita tidak dilahirkan sebagai seorang pemimpin, namun dengan ketegasan dan ketelitian dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan menjadikan wanita mampu menjadi seorang pemimpin. Malah, jika dilihat sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi Negara juga sangat besar. Hal ini kerana penglibatan wanita dalam pelbagai sektor seperti sektor perindustrian, pembangunan, pendidikan dan sebagainya sangat meluas. Selain itu, budaya hidup masyarakat dapat menerima wanita sebagai penyumbang ekonomi keluarga, apatah lagi dengan taraf hidup yang semakin meningkat.

Namun begitu, wanita yang mempunyai kerjaya ini perlu bijak mengimbangi antara kerjaya dan keluarga. Tekanan pasti bertambah kerana mereka memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu. Hal ini pasti memberi tekanan yang berat sekiranya nya tiada sokongan daripada persekitran dan orang sekeliling nya termasuklah majikan dan keluarga mereka sendiri. Menjadi wanita bekerjaya memerlukan pengorbanan yang sejati. Pengornanan masa, keringat, dan tenaga akan menjadi pengorbanan yang sejati sekiranya dilakukan dengan seikhlas hati.


Kesimpulannya, wanita merupakan tulang belakang lelaki dalam menyumbangkan ekonomi keluarga. Tiada halangan dalam agama bagi wanita yang ingin bekerjaya. Sekiranya, sang suami mahu bertolak ansur dengan memberi kebebasan kepada sang isteri untuk bekerja, sang isteri janganlah disalahgunakan kebebasan ini. Jadi, wanita yang bekerja perlu menguruskan masa mereka supaya tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.
ENTRI 1
SEHATI SEJIWA

Sehati sejiwa menjadi tema Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 2015. Pemilihan tema ini sehati sejiwa telah diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Komunikasidan Multimedia. Tetapi adakah kita semua tahu pengertiannya? Adakah kita memahami dan menjiwai pengertiannya? Baiklah, untuk makluman semua sehati sejiwa adalah lambing kesepaduan, kekitaan, kesefahaman, dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, adapt resam, agama dan garis sempadan.

Malaysia merupakan Negara yang sangat unik seluruh rakyat Malaysia mampu hidup dengan penuh harmoni walaupun mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang tersendiri. Oleh yang demikian, sehati sejiwa ini merupakan suatu lambing perpaduan antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung walaupun Laut China Selatan menjadi pemisahnya, namun, kami sentiasa saling memerlukan dan saling membantu antara satu sama lain.


Sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan sehati sejiwa menyemarakkan perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat. Ia juga akan menguatkan lagi semangat patriotism yang menjadi tonggak dan tiang kepada keharmonian dan perpaduan bangsa dalam setiap diri rakyat Malaysia. Semenjak merdeka rakyat Malaysia dengan sehati sejiwa mampu mengharungi pelbagai cabaran yang mendatang. Semoga rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan aman damai dan sentiasa sehati sejiwa. Saya bangga menjadi anak Malaysia!.

Monday, 25 November 2013

PRIZE FOR LOVER

what is the prize for HIM??



MAN???!!! sometimes complicate efforts to communicating with them because the nature and their desire unpredictable. They are difficult to understand when to look for gifts. In this case does not necessarily precious gifts given or designer. But, what's more important to feel satisfied and happy man with gifts received even just a cheap shirt.
As women, we need to study the behavior, interests and hobbies man. With this, easy for us to find the best gift as a token of remembrance and love.

I have a few suggestions maybe can help you:
  • futsal shoes
    • If your boyfriend likes to play futsal, futsal shoes designer can be the perfect gift!! It proves you support to his hobby.
  • surprise birthday
    • arrange a surprise party for the him. Who knows with this surprise can add warmth both of you.
  • religious books and motivational
    • religious books among the most meaningful gift. Maybe you can help him solve things that he do not know or are confused.
  • football jersey
    • If your boyfriend is a fanatic football , fishing his hearts with the jersey soccer club  idol. What are you waiting for??
  • prayer mats and religious books
    • this gifts is a symbolically remind you and he to balance case both of worlds
  • Iphone
    • if he does not mean to buy you the fancy things , why not respond his kind with this smartphone.








                                                                                                          hope its can help you :)




OHH!!! MY HAIR

ARGHHHHH...




When looking actress in beautiful stylish television with captivating hair, your hearts sure like to have hair down gently. I am right my dear??? However, the problem of dandruff often haunt you. Itching can not be expressed with words again. There are times when you have to wash your head with a little warm water to relieve the itching. Do not let this problem persist. learn techniques of hair wash and care, and cause irritation arises.

FACTOR: 
  • natural process of conversion of the scalp
    • -normal time frame for the new exchange scalp is 28days. However, there are some people more quickly which takes only 11days.
  • the existence of Pitirosporum ovale fungus
    • - commonly found on the skin, including the scalp. Sebum (natural oil) that too much of this fungus become more active to reproduce.

HOW TO OVERCOME :
  • shampoo
    • use shampoos that contain zinc, pyrithione, tar, salicylic, selenium sulphide and ketoconazole
  • conditioner
    •  apply conditioner after rising hair. After that, wiping with a clean towel. If you have a long hair, use a hair dryer to dry quickly.
  • wash
    • Do not shampoo your hair everyday because there will dreaded hair loss problems.
    • Sufficient use shampoo #X per week and consistent use of the shampoo and the right way can help destroy dandruff.
  • technique
    • During shampooing, gently squeeze your hair to shampoo into the hair down. Do not use nails because it will harm your skin. Let it for five minutes so that it is evenly and absorb into the hair.  
TIPS FOR HEALTHY HAIR
  • haircut  
    •  if lazy, you better just cut hair
  • fondling child
    • when the hair is wet or dry, use your fingers to comb the hair. Roughly comb can invite lesions on the scalp
  • hair mask
    • use a hair mask once a month to maintain healthy hair Prolonged
  • steam technique
    •  cover your hair with a clean towel that has been vaporized after sweep oil for half an hour
    • can reduce the problem of damaged cuticles
  • enough sleep
    • don't be obsess with your job.
    • enough sleep can give an energy for tomorrow
  • balanced diet
    •  Avoid frequent consumption of fast food 
    • enough to drink plain water