Sunday, 13 December 2015

ENTRI 2
DILEMA WANITA DENGAN CABARAN KERJAYA

Dewasa ini, wanita boleh dikatakan setaraf dengan lelaki dari aspek kerjaya. Walaupun, wanita tidak dilahirkan sebagai seorang pemimpin, namun dengan ketegasan dan ketelitian dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan menjadikan wanita mampu menjadi seorang pemimpin. Malah, jika dilihat sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi Negara juga sangat besar. Hal ini kerana penglibatan wanita dalam pelbagai sektor seperti sektor perindustrian, pembangunan, pendidikan dan sebagainya sangat meluas. Selain itu, budaya hidup masyarakat dapat menerima wanita sebagai penyumbang ekonomi keluarga, apatah lagi dengan taraf hidup yang semakin meningkat.

Namun begitu, wanita yang mempunyai kerjaya ini perlu bijak mengimbangi antara kerjaya dan keluarga. Tekanan pasti bertambah kerana mereka memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu. Hal ini pasti memberi tekanan yang berat sekiranya nya tiada sokongan daripada persekitran dan orang sekeliling nya termasuklah majikan dan keluarga mereka sendiri. Menjadi wanita bekerjaya memerlukan pengorbanan yang sejati. Pengornanan masa, keringat, dan tenaga akan menjadi pengorbanan yang sejati sekiranya dilakukan dengan seikhlas hati.


Kesimpulannya, wanita merupakan tulang belakang lelaki dalam menyumbangkan ekonomi keluarga. Tiada halangan dalam agama bagi wanita yang ingin bekerjaya. Sekiranya, sang suami mahu bertolak ansur dengan memberi kebebasan kepada sang isteri untuk bekerja, sang isteri janganlah disalahgunakan kebebasan ini. Jadi, wanita yang bekerja perlu menguruskan masa mereka supaya tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.

No comments:

Post a Comment