ENTRI 1
SEHATI SEJIWA
Sehati
sejiwa menjadi tema Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 2015. Pemilihan tema ini
sehati sejiwa telah diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri
Komunikasidan Multimedia. Tetapi adakah kita semua tahu pengertiannya? Adakah kita
memahami dan menjiwai pengertiannya? Baiklah, untuk makluman semua sehati sejiwa
adalah lambing kesepaduan, kekitaan, kesefahaman, dan kemanusiaan seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira keturunan, adapt resam, agama dan garis sempadan.
Malaysia
merupakan Negara yang sangat unik seluruh rakyat Malaysia mampu hidup dengan penuh
harmoni walaupun mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang tersendiri. Oleh yang
demikian, sehati sejiwa ini merupakan suatu lambing perpaduan antara Sabah,
Sarawak, dan Semenanjung walaupun Laut China Selatan menjadi pemisahnya, namun,
kami sentiasa saling memerlukan dan saling membantu antara satu sama lain.
Sambutan
Hari Kebangsaan yang bertemakan sehati sejiwa menyemarakkan perasaan kasih
sayang dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat. Ia juga akan menguatkan
lagi semangat patriotism yang menjadi tonggak dan tiang kepada keharmonian dan perpaduan
bangsa dalam setiap diri rakyat Malaysia. Semenjak merdeka rakyat Malaysia
dengan sehati sejiwa mampu mengharungi pelbagai cabaran yang mendatang. Semoga rakyat
Malaysia akan terus hidup dalam keadaan aman damai dan sentiasa sehati sejiwa.
Saya bangga menjadi anak Malaysia!.
No comments:
Post a Comment